KAITAN PENYAKIT JASMANI DAN PENYAKIT ROHANI??

alquran sebagai panduan, muslim, penyakit rohani dan jasmani
sumber gambar: google

Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani  :


1. Ternyata masalah appendix bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tapi justeru lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. Hypertension bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi lebih dominan kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebih yang lebih dominan menimbun lemak.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tapi sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil glucosa, tapi sikap egois dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan pola tidur, tapi sifat suudzhon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Jantung koroner bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi jarang sedekah membuat jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga detaknya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi, intinya faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikis 25%
- Sosial 15%
- Fisik 10%

Maka benarlah firman Allah 
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31

Jadi kalau kita ingin selalu sehat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, putus asa,patah harap, marah panas baran, takabbur sombong, angkuh, keakuan diri dan lain-lain.


Sumber: Social Media

Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

1 comment:

  1. yang no 3, 4 & 6 saya setuju sangat KakNab. tapi perkaitan yang lain saya baru tau. terima kasih KakNab

    ReplyDelete