CHECKLIST PENTING SEMASA BERHADAPAN DENGAN DEMAM DENGGI

dengue fever symptoms, simptom demam denggi, cara rawat denggi, tips rawat demam denggi

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA, Hari ni Kak Nab nak share antara checklist penting bagi yang berhadapan dengan demam denggi. Mungkin penjaga boleh ambil perhatian dan tolong bantu pesakit juga. Checklist yang Kak Nab share ni berdasarkan pengalaman asben Kak Nab yang kena demam denggi pada awal bulan februari yang lalu. Ini antara senarai makanan, minuman, cara dan kaedah yang kami guna sepanjang asben demam denggi tu. Alhamdulillah berhasil untuk asben. Anda boleh cuba mana tahu berhasil.

1. Minum air mineral dan Performance Drink super banyak dalam sehari. Berbotol- botol juga Kak Nab bancuhkan asben dengan air performance drink. Sebab rasanya yang super duper sedap sampai asben kata "air performance drink ni boleh minum banyak banding air mineral". 

2. Minum air kurma. Samada rendam kurma dalam air panas dan lenyekkan atau blend utk jadikan jus atau bancuh jus kurma terus. Boleh rendam 5 atau 7 atau 11 biji kurma atau lebih ikut berapa yang kita nak. Kurma dapat memberi tenaga serta merta kepada pesakit.

3. Sekiranya demam panas, jangan di biar begitu sahaja. Tuam dengan tuala basah untuk memberi kelegaan dan menurunkan suhu pesakit. 

4. Makan paracetamol sekiranya demam. Selain paracetamol, amalkan nutriferon sebagai imunne booster. Selepas asben Kak nab makan nutriferon shaklee , alhamdulillah terus berpeluh- peluh dan demam kebah, tekak yang sebelumnya loyer pon terus hilang loyer dan boleh dah nak telan makanan. Sakit kepala berkurangan. Selain meningkatkan imun badan, nutriferon juga sebagai perisai badan. Lebih elok anda amalkan nutriferon dari sekarang untuk imun badan yang lebih kuat dan kebal. InsyaALLAH.

5. Habatussauda. Asben juga makan biji habatussauda beberapa kali dalam sehari. Sekali makan lebih kurang secubit. Niat , kunyah dan telan.

6. Minum juga jus betik untuk membantu meningkatkan platlet pesakit.

7. Sup ketam pon makan juga. Tapi sebab asben sangat loyer sampai muntah- muntah, jadinya sup ketam tu dapat hirup beberapa kali sahaja. 

8. Pastikan anda sediakan termometer di rumah untuk monitor suhu pesakit.

9. Ada kalanya pesakit denggi akan merasa gelisah dan tak boleh tidur. Urut atau massage pesakit dengan perlahan untuk membantu memberi kelegaan.

10. Teruskan minum air dengan banyak dan kerap walaupun anda berulang ke toilet.  

11. Bagi pesakit yang tidak warded, pastikan anda melakukan pemeriksaan darah setiap hari di klinik. 

Alhamdulillah platlet asben hanya turun sehingga 141 sahaja dan kembali naik ke paras normal. Kepekatan darah juga kembali normal dan demam kebah. 
Semoga tips di atas memberi manfaat untuk anda semua. 


Bagi anda yang nak dapatkan Nutriferon dan Performance Drink ni boleh Whatsapp Kak Nab terus di 013 3860068.




* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment