PENGALAMAN MERAWAT DEMAM DENGGI EPISOD 1

Beberapa minggu lepas asben Kak Nab tiba- tiba demam. Petang 5 Feb tu dah mula terasa macam panas badan dan sakit kepala. Perut pon meragam. Tak pernah pulak demam sekali dengan sakit kepala yang tiba- tiba kuat dan sekaliharung dengan perut berangin. Sesuatu yang mencurigakan tambah pulak jiran sebelah rumah Kak Nab baru kuar hospital akibat denggi. Seram dibuatnya. 

demam denggi, dengue fever, cara atasi demam denggi, nyamuk aedes, pulihkan demam denggi

Keesokkan harinya , 6 feb : Bangun pagi tu demam makin panas dan nampak keadaan asben pon tak larat. Terus pergi klinik. Simptom- simptom seperti sakit kepala, demam yang terlampau panas, sakit perut, muntah, sakit belakang mata, sakit sendi- sendi badan adalah antara tanda demam denggi. Sampai klinik doktor buat blood test . Dan bila result keluar doktor kata Positive Dengue!. adoii nak pitam rasa.

Demam mencecah 39.1 pagi tu. Since denggi ni memang tak der ubat . Pesan doktor ialah minum air banyak dan doktor bagi paracetamol untuk bantu kawal demam tu. Petua paling sinonim dengan demam denggi ialah minum sup ketam, jus betik, 100 plus dan sudah tentu kena minum air dengan sangat banyak. 

Sebagai tambahan ,asben kak nab makan habatussauda, dan minum jus kurma juga. Bila demam denggi menyerang, pesakit akan rasa loyer dan tak lalu nak makan. Minum air kosong pon rasa pahit dan nak muntah. Yang asben kak nab boleh minum waktu tu ialah jus kurma sebagai penambah tenaga. Bila dah tak lalu nak makan, kena carik alternatif supaya dapat bagi tenaga kepada pesakit. Antaranya ialah kurma. So kak nab rendam beberapa biji kurma dalam air panas dan biar kurma lembut dan lenyekkan atau blend. Sup ketam pon buat jugak untuk naikkan platelet, cumanya asben kak nab tak boleh nak makan sangat, bila makan muntah. 

Air masak memang wajib minum paling kurang 3 liter sehari. dan pesakit akan kerap pergi buang air kecil. Teruskan jer minum dan pastikan air kencing warna cerah, kalau warna kuning tu maknanya badan tak cukup air kata doktor.

Macam mana nak bagi pesakit minum air masak jugak- jugak sedangkan tahap loyer dan muntah- muntah yang memuncak? apa lagi kak nab terus order nutriferon dan performance drink shaklee. 

Hari ketiga 7 feb : Petang tu sampailah shaklee yang diorder. 

ikuti cerita selanjutnya di entry seterusnya k. 





Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment