KENALPASTI BRONKITIS PADA KANAK- KANAK.

Kak Nab tertarik nak share petua yang dibaca dari buku Perubatan Kesufian tentang bronkitis. 

Bronkitis adalah radang pada selaput tiub bronkial, yang membawa udara ke paru- paru dan dari paru-paru. Orang yang mempunyai bronkitis sering batuk lendir pekat, yang kadang kala boleh berubah warna. Bronkitis terdiri daripada akut (acute) atau kronik.

bronkitis pada kanak- kanak, cara atasi bronkitis,pulihkan bronchitis, petua pulihkan bronkitis, cara rawat bronkitis

Penyebab berlakunya bronkitis??
Punca bronkitis akut (Acute Bronchitis). Bronkitis akut biasanya disebabkan oleh virus, biasanya menyebabkan selesema dan demam. Ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria dan pendedahan kepada bahan-bahan yang merengsakan paru-paru, seperti asap rokok, habuk, wap dan pencemaran udara.

ADAKAH PENYAKIT BRONKITIS MERBAHAYA?? Bronkitis kronik adalah kerengsaan berterusan saluran udara yang telah menyebabkan kerosakan KEKAL pada paru-paru. Merokok merupakan punca bronkitis kronik yang paling biasa kerana boleh menyebabkan kerosakan kekal pada paru-paru. BAHAYA ke tidak?? ANDA rasa bagaimana?? Bila seseorang itu merokok, dia bukan hanya membahayakan dirinya sahaja, TETAPI anak- anak, isteri dan orang sekeliling JUGA!.


KENALPASTI BRONKITIS PADA KANAK- KANAK.
Nafas kencang dan ada bunyi di bawah tulang rusuk semasa bernafas. Selalu juga disertai dengan batuk, sakit- sakit dan demam panas. Muka menjadi merah dan lubang hidung kembang semasa bernafas. Kanak- kanak akan merasa resah dan gelisah.

Tips: Elakkan daripada terdedah pada udara sejuk.

NAK BANTERAS BRONKITIS DENGAN CARA SEMULAJADI! 

Petua Alami 1:
2 sudu teh akar 'licorice' yang dipotong- potong.
2 sudu teh 'linseed'
12 sudu teh madu
Cara menyediakan: Rebus dua herba tersebut dalam 1 1/2 cawan air selama 10 minit. Tapis dan maniskan dengan madu.
Dos: 2 hingga 3 kali sehari.

Petua Alami 2:
1/8 sudu teh gaharu.
Cara menyediakan: Larutkan dalam susu ibu atau susu lembu.
Dos: beri makan pada kanak- kanak atau larutkan gaharu dalam air suam dan sapu pada dadanya.

Petua Alami 3:
1 sudu teh minyak bawang putih.
3 sudu teh madu lebah.
Cara menyediakan: Campurkan bahan- bahan tersebut.
Dos: Biarkan kanak- kanak menjilatnya dengan lidah 3 kali sehari.

(Petua dari Kitab Ilmu Perubatan Kesufian)


 Petua Alami 4:





SUPPLEMEN SHAKLEE DIAKUI SEMULAJADI DAN HALAL!

Macam mana nak dapatkan Omegaguard dan Meal Shakes Shaklee ni??
Caranya dengan Whatsapp Kak Nab di
013 3860068


Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment