BAHAYA KE OCD NI?

ocd, bahaya ocd, kesan ocd, tips kesihatan
Cerita pasal OCD ni, Kak Nab pon tergolong dalam kelompok ni gak kadang-kadang hihi. OCD kalau dah  terlampau tahap keOCDannya boleh menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling sebenarnya.

OCD iaitu (Obsessive Compulsive Disorder) ni berbeza- beza ikut orang. Kalau suatu ketika dulu sidai kain tu sepit baju mesti kena sepasang, mesti dari design yang sama dan warna sepit mesti sama. tak boleh satu warna hijau satu warna merah. hahaha..
Pastu kalau jemur baju kurung wajib ikut susunan. baju kurung dengan kainnya sekali. t-shirt dengan seluarnya sekali. Mana yang sepasang wajib kena susun sebelah menyebelah.

Karpet , tikar dan sofa mesti susun ikut alur tiles.hihi. ntah apa- apakan?? tapi itulah realiti orang OCD. Bila nampak ada yang senget dia akan rasa nak pegi betulkan time tu jugak- jugak. Kak Nab akan cuba sedaya upaya tarik sofa dan karpet semata- mata nak bagi tersusun tegak ikut alur tiles tu. 

OCD ni boleh membawa masalah yang besar jugak dalam rumahtangga kalau tak terkawal. Sebab bagi orang yang OCD ni mereka rasa elok apa aku buat cam ni. kan lebih kemas dan tersusun. bersih gitu di matanya. Tapi bagi pandangan pasangan sometimes jadi menyusahkan dan boleh jadi tekanan!! hihi.

Apantah lagi bila dah ada anak. jenuhlah asyik menjerit kat anak memang boleh jadi stress jawabnya. Jadi cara terbaik adalah cuba kawal dan ubah mana yang termampu. Bermula dengan cuba ignore cara susunan mainan anak- anak sehingga cuba untuk buat tak nampak kalau karpet tersengettttt.... sangat tak boleh terima sebenarnya.. tapi ...kenalah belajar kawal level OCD ni, supaya tak melampau. Kak Nab pon masih berusaha lagi ni. 

Bagi anda- anda yang ada pasangan OCD, cubalah ajak berbincang dan sertakan idea- idea bernas untuk bantu pasangan OCD anda untuk menangani dan mengurangkan ke OCD annya itu. 

Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment