ADAKAH PENYAKIT ASMA BOLEH DIRAWAT?

asma, serangan asma, punca serangan asma, kawal asma

Asma atau lelah atau semput atau dalam bahasa inggeris dipanggil 'Asthma' menyerang seseorang itu disebabkan oleh beberapa faktor antaranya disebabkan oleh pendedahan kepada alergen seperti pokok, rumput atau rumpai debunga, hama, lipas atau bulu haiwan. Penyebab lain adalah seperti perengsa di udara, sebagai contoh: asap atau wasap kimia, dan bau yang kuat seperti minyak wangi.

Penghidap asma memang diakui sangat sensitif terhadap bau- bauan yang kuat. Walaupun bau tu wangi tapi kalau bau yang terlampau kuat akan membuatkan sesak nafas. Bila dah mula sesak nafas tu terasa nak batuk- batuk dan saluran nafas tu terasa menyempit. Itu berdasarkan pengalaman Kak Nab sendiri. Time dah mula susah bernafas tu terasa oksigen yang masuk sangat sangat tidak mencukupi. Sampai tercungap- cungap menarik nafas.



Semasa serangan asma, lapisan saluran udara menjadi bengkak atau radang dan mukus lebih pekat daripada kadar biasa.

ADAKAH VITAMIN BOLEH MENGAWAL SERANGAN ASMA ?
Omega-3 (minyak ikan): Menurut satu kajian Allergology Antarabangsa pada januari 2015, Minyak ikan mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap penyakit radang seperti asma. Asid lemak Omega-3, biasanya terdapat dalam ikan, telah ditunjukkan boleh mengurangkan keradangan.

Antioksidan : dapat membantu anda bernafas dengan lebih mudah. Dapatkan sumber antioksidan daripada Vitamin C.

Choline: Penghidap asma digalakkan mengamalkan vitamin B Complex yang mengandungi choline yang dapat membantu mengurangkan kadar kekerapan diserang asma. 

Magnesium: kebiasaannya penghidap asma akan mengalami kekurangan magnesium dalam badan. Atasi lompong kekurangan nutrisi ini dengan mengambil vitamin yang bersesuaian.

Jaga pemakanan dan tambah nutrisi badan dengan vitamin yang diperlukan untuk mengawal serangan asma anda hari ini. 



KAWAL ASMA DENGAN NUTRIEN YANG BETUL.
Whatsapp "Asma" ke 013 3860068





Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

2 comments:

  1. bahaya asma, sebab ada kes terus paralyzed akibat oksigen tak sampai ke otak. menakutkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana, bila oksigen tak cukup macam2 boleh jadi.

      Delete