VISION BOARD 2017 : KENAPA PERLU??

Assalammualaikum semua,

Ape habaq??
Semoga hangpa semua sihat- sihat sahaja naa.
diam tak diam kita dah masuk tahun 2017. Pejam celik pejam celik abis dah tahun 2016. 


Bila diimbas kembali tahun 2016. Adakah kita dah berjaya capai semua impian kita?
kalau belum ada yang tertunai atau tercapai lagi kenalah berusaha berhempas pulas untuk tahun 2017 ini. Usaha perlu ada beserta doa dan kemudiannya tawakal. Tak boleh lah tawakal jer tunggu rezeki jatuh dari langit.

Jadi untuk tahun 2017 ni apa kata kita mulakan dengan sediakan diri satu Vision Board.

Apa itu Vision Board?? 
Vision Board digunakan untuk membantu menjelaskan dan mengekalkan tumpuan kepada matlamat hidup yang tertentu. Anda boleh gunakan apa sahaja jenis board untuk dijadikan vision board. Letakkan imej yang mewakili apa- apa sahaja yang anda mahu, atau anda mahu lakukan dalam hidup anda!

Kena tulis apa yang kita mahu dapatkan barulah jelas dan terang. Kita pon akan sentiasa ingat, bila hari- hari dok pandang board tu kan.. InsyaALLAH.

Secara tak langsung, bila dah hari - hari dok tengok vision board tu, bolehlah mengorak langkah dan menyusun strategi untuk capai apa yang kita mahukan!. Minda pon akan terarah kepada semangat positif. ;-)

Sebagai seorang islam, tak bolehlah tulis vision segala tanpa beserta doa.. Kenalah berdoa dengan sepenuh hati sanubari. Amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH dan RasulNYA sudah semestinya kena buat. Itulah kunci kepada segala kejayaan di muka bumi ini.

Mari kita amalkan:
  • Solat Dhuha.
  • Solat Tahajjud.
  • Istigfar 200 kali sehari.
  • Selawat 200 kali sehari.

Kita konsistenkan dulu amalan ini hari- hari. Ok? Mari Kita.





Kak Nab
0133860067






Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Sangaat setuju kak. Apa yg kita duk tgk tiap2 hari, secara tak sedar minda kita akan sntiasa ingat n kita pun secara xlgsung akan brusaha utk capai bnda tuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..betul tu insyaAllah. Salah satu cara nak kekal positif juga

      Delete