MINGGU PERTAMA: LANGKAH DEMI LANGKAH MENCAPAI HIDUP SIHAT DALAM 8 MINGGU!


Semua orang memang nak sihat tetapi kenapa kita perlukan 8 minggu?? 
Kerana tempoh waktu 8 minggu dianggap cukup untuk mengembalikan sistem- sistem biologi tubuh pada keadaan yang baru dan cukup untuk menambah kekuatan imuniti tubuh serta menghasilkan tindakbalas.

JADI BAGAIMANA HARUS KITA MULAKAN??
Jom ikuti langkah demi langkah untuk memastikan misi ini berjaya!.


MINGGU 1:

APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN:
  1. Hindari dari mengambil segala jenis lemak dan minyak, kecuali minyak zaitun.
  2. Menghindari segala jenis lemak buatan kilang.
  3. Menghindari segala produk- produk kilang.
  4. Menghindari segala produk yang mengandungi zat pewarna buatan.
  5. Pastikan anda tidak makan makanan yang berlemak.


CARA MAKAN YANG ANDA PERLU PATUHI UNTUK MINGGU 1:

  1. Mulakan dengan makan sayur- sayuran segar, pilihlah sayur- sayur yang anda suka. ;-)
  2. Utamakan memakan ikan- ikan seperti salmon dan sardin, minimum 2 kali dalam seminggu. Kerana ikan ini mengandungi omega 3 dan fatty acid yang tinggi yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Unsur ini boleh mengurangkan kadar lemak dalam darah sekaligus membantu mencegah radang.



Makanan Tambahan atau Suplemen yang perlu diambil:
Amalkan pengambilan suplemen yang mengandungi omega 3 atau biasanya dikenali sebagai minyak ikan. Anda disarankan mengambil Omegaguard dari Shaklee kerana kandungan Omega 3 yang terdapat dalam Omegaguard Shaklee adalah dari sumber terbaik dan selamat serta lebih tinggi kandungan omeganya berbanding minyak ikan lain dipasaran. 




Pengambilan Vitamin C di antara 1000- 2000mg dalam setiap kadar makanan anda sangat diperlukan (Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Petang). Kenapa??
Kerana Vitamin C dapat membantu membangunkan jaringan menjadi kuat dan kukuh. Vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Dapatkan keperluan vitamin C anda dari Sustained Release Vita C Plus . Kenapa:

 


SENAMAN UNTUK MINGGU 1:
  1. Usahakan berjalan kaki minimum 10 minit dengan kelajuan yang konsisten setiap hari.
  2. Walapun anda menyertai program aerobik, pastikan anda tetap melakukan senaman berjalan kaki ini juga.


PERSEDIAAN MENTAL DAN SPIRITUAL MINGGU 1:
1. Mulakan dengan bersantai dan menghirup udara segar (menarik       nafas) selama 5 minit setiap hari dengan cara berikut:
  • Duduk di tempat yang nyaman dengan mata tertutup dan dengan memakai pakaian yang longgar. Mudah sangat!.
  • Tumpukan fikiran anda kepada pernafasan, dengan cara menarik nafas dalam- dalam melalui hidung dan menghembus nafas melalui mulut sambil otot- otot dikendurkan atau dilonggarkan. Langkah ini dapat memberi relaksasi (relaxation) pada tubuh, akal (otak) dan roh.
2. Selalulah berkunjung ke kebun atau taman- taman yang hijau.         Sekiranya tidak          berkesempatan, anda boleh membeli  bunga- bunga yang wangi dan menenangkan.


Tips:
  1. Minyak dari tumbuhan hijau mengandungi jumlah minyak yang sangat baik yang boleh melakukan oksidasi hanya dengan ditiup udara. Oleh itu, minyak sebegini cepat basi, kecuali minyak zaitun yang mengandungi fatty acid seperti uric acid yang mencegah dari berlaku pembusukan. Ini sangat berguna sekali untuk tubuh.
  2. Minyak zaitun dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan kanser.
  3. Anda juga boleh sapukan minyak zaitun segar di sekitar kedua- dua kelopak mata dan hidung anda. Pastikan anda gunakan minyak zaitun yang segar dan bukan yang telah lama tersimpan. ;-)

Buat persediaan "Misi Hidup Sihat dalam 8 Minggu" anda dengan mendapatkan Omegaguard dan Vitamin C   anda sekarang.
Caranya:
Hubungi Kak Nab dengan Whatsapp ke 013 3860068.

Mulakan misi hidup sihat anda sekarang!. 
Jangan lupa baca entry Kak Nab yang seterusnya untuk  Minggu ke 2 pula.

Jumpa nanti. 

Sakit tu lebih mahal. Pilihlah untuk mencegah dan kekal sihat .




Nabisah Bibi Imbichi
Pengedar Shaklee Berdaftar
(Sid: 1215924)


(Rujukan dari buku cara makan Rasulullah saw)


* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.










Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment