MINGGU KEDUA: LANGKAH DEMI LANGKAH MENCAPAI HIDUP SIHAT DALAM 8 MINGGU!

Sebelum ni Kak Nab dah share amalan Minggu 1. Jadinya hari ni kita teruskan dengan Minggu Kedua pula.

CARA MAKAN PADA MINGGU KEDUA:

  1. Pada minggu ini, anda haruslah makan ikan minimum 2 kali sehari ditambah dengan brokoli dan bunga kobis.
  2. Usahakan menambah biji- bijian pada makanan anda. Untuk mendapat serat yang banyak, makan sayur- sayuran dan buah- buahan segar.
  3. Usahakan untuk makan makanan dari sumber kacang soya kerana kacang ini mengandungi ezoplavon yang dapat membersihkan tubuh dari penyakit kanser dan masalah sendi.
  4. Gantikan teh yang biasa dengan teh hijau. 
  5. Kurangkan pengambilan kaffein yang terdapat pada kopi,air kola dan yang sewaktu dengannya.
Sedikit Perkongsian menarik: Penyakit Kanser Payudara adalah penyakit yang paling sedikit ditemui di China dan Jepun.

Ini kerana, para wanita di sana biasa memakan makanan dari sumber semulajadi yang tidak mengandungi hormon estrogen yang biasa diberikan kepada haiwan untuk menambah pembesarannya. 

Namun ketika kebanyakkan wanita mula banyak memakan daging yang mengandungi hormon estrogen, seperti yang dilakukan oleh para wanita barat, maka penderita kanser payudara semakin bertambah jumlahnya. Wanita- wanita China dan Jepun yang biasa memakan makanan dari sumber semulajadi jarang sekali terkena penyakit menopouse. 

Perkara itu berlaku kerana makanan semulajadi alami mengandungi fitostrogen semulajadi yang ada pada tumbuh- tumbuhan. Zat inilah yang memberi perlindungan pada tubuh . Estrogen buatan menyebabkan kanser payudara dan gangguan pada masa menopouse.


Ternyata apa yang kita makan mencorakkan tahap kesihatan kita di masa akan datang.

MAKANAN TAMBAHAN ATAU SUPLEMEN:
Makan makanan yang mengandungi Carotene . Cam mana tu??Minum segelas jus lobak merah semasa sarapan. Mudah jer!

SENAMAN MINGGU KEDUA:
Teruskan bersenam dengan berjalan kaki 50 minit ditambah dengan latihan aerobik.


Jom amalkan.

(Rujukan dari buku cara makan Rasulullah saw)





Nabisah Bibi Imbichi
Pengedar Shaklee Berdaftar
(Sid: 1215924)




* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment