LANGKAH KECEMASAN: CARA MENGURANGKAN SAKIT GIGI MENGGUNAKAN BAHAN DARI DAPUR ANDA.


Sakit Gigi memang seksa. Kak Nab pon pernah kena sebelum ni, Macam- macam dibuatnya nak bagi sakit tu kurang. Sampai berdenyut kepala kan?

Ada juga orang kata sakit gigi ni antara sakit yang memang tak boleh tahan. Walaupun hanya sekecil gigi, tapi bila sakit gigi menyerang bukan kata nak makan, nak sembang dengan orang pon rasa tak kuasa. Kalau boleh time-time tu jugak nak bagi stop sakit tu kan. 

Jadi kalau tiba- tiba kena serang sakit gigi malam- malam buta. nak buat macam mana?? Kira langkah kecemasan untuk stop sekejap sakit gigi tu sebelum ke klinik gigi.

Ini antara tips yang Kak Nab amalkan:
Tips 1: Bunga Cengkih.
Letak cengkih betul- betul pada gigi yang sakit tu dan gigit lama- lama. Kalau boleh selit, silalah selit jaa kat gigi tu sementara. Kalau tak jalan jugak cam mana Kak Nab?? cuba tips kedua pulak.

Tips 2: Kumur- kumur.
Bancuh garam dengan air suam, dan kumur sehingga kena pada gigi yang sakit tu. Buatlah beberapa kali ikut keselesaan anda. Saya dah kumur air garam, tapi tak jadi jugak. Ok, cuba cara seterusnya.

Tips 3: Habatussauda (Jintan Hitam).
Habatussauda ni sangatlah perlu disimpan disetiap rumah. Terlampau banyak khasiatnya. Habatussauda boleh didapati dalam pelbagai bentuk antaranya berbiji- biji (bentuk asal habatussauda), bentuk serbuk, ada juga yang dicampurkan dengan madu menjadi paste dan dalam bentuk minyak.

Anda boleh letakkan paste habatussauda atau minyak habatussauda terus pada gigi yang tengah kesakitan itu. Nak kunyah biji habatussauda tu terus pada gigi yang sakit pon boleh.
InsyaALLAH dapat bantu tahan kesakitan anda. 

Kat sini Kak Nab share sekali tips tambahan untuk anda semua:
Tips 4: Bawang Putih.
Hancurkan bawang putih sehingga jadi bentuk paste. Sebagai tambahan anda boleh campurkan dengan "rock salt" kalau ada. Dan letakkan paste tersebut pada gigi yang tengah menderita kesakitan itu.


Tips 5: Daun Semambu.
Walaupun daun semambu ni tak der kat dapur. tapi Kak nab nak jugak selit kat entry ni untuk manfaat kita bersama.

Daun semambu ni cukup terkenal digunakan untuk chickenpox. Mempunyai fungsi antibakteria seperti bawang putih.
Ambil sehelai dua daun semambu dan tumbuk sampai lumat. Kemudian tampal terus pada gigi tu. Selesai.

Ada antara tips di atas ni yang berhasil menghentikan sakit gigi dalam tempoh berbulan- bulan dan ada juga yang berhasil menghilangkan terus sakit gigi itu. Anda boleh cuba. Nanti update pada Kak Nab tips yang mana berhasil pada anda. ;-)


Ok.. jumpa lagi di entry seterusnya. :-)

Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment