KENAPA PENTINGNYA VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG DARI PANDANGAN ISLAM

Sepanjang tempoh kehamilan, seseorang ibu harus menjaga pemakanan yang diambil, kerana cara makanan yang buruk akan memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan ibu hamil tersebut dan janin yang dikandungnya. Di dalam Al Quran ada disebut bahawa kehamilan dan melahirkan iaitu bersalin merupakan satu perkara yang sangat berat sekaligus melemahkan.


ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
"Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah dan menyusukan dalam dua tahun. Bersyukulah kepada-Ku dan kepada kedua- dua ibu bapa kamu, hanya kepada-Ku kamu kembali."
(Surah Luqman:14)

Islam sangat memberi penekanan terhadap pemilihan calon suami atau isteri. Kenapa? 

Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Jauhilah oleh kamu wanita Khadira al-dhiman."

Khadira al- dhiman adalah wanita cantik yang membesar di tempat dan lingkungan yang tidak baik.

Islam sangat menekankan sehingga ke peringkat pemilihan suami dan isteri kerana, benih yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik dan beriman kepada ALLAH SWT.

Nabi Muhammad s.a.w telah menganjurkan untuk umatnya bernikah dengan orang yang tidak memiliki hubungan kekeluargaan, kerana anak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang berlainan nasab akan memiliki otak yang lebih cerdas.

Perhatian islam terhadap janin sebelum dilahirkan bertujuan agar kelak boleh melahirkan anak- anak yang memiliki tubuh yang kuat dan sihat. Oleh itu, wanita hamil harus benar- benar menjaga cara pemakanan mereka.

Seorang ibu hamil harus memenuhi pelbagai keperluan makanan berkualiti dan juga keperluan khusus lain bagi janin yang dikandungnya.
Ibu yang hamil memerlukan jumlah makanan yang mencukupi dan seimbang nutrisinya bagi janin semasa dalam kandungan dan setelah melahirkan sehingga selesai tempoh penyusuan.

Ibu yang hamil dan menyusukan harus berusaha semaksimum mungkin untuk mengambil makanan tambahan agar boleh memenuhi keperluan ibu tersebut dan anak yang dikandung dan disusui.

Jika makanan yang dimakan oleh seorang ibu hamil itu tidak memenuhi keperluan janin, maka dia akan mudah diserang penyakit. Janin membesar dan berkembang dengan cepat, dari memiliki satu sel sehingga jutaan sel. Pembentukan plasenta dan perkembangannya sangat penting untuk menghantar nutrisi dan oksigen kepada janin.

Karbohidrat dan lemak misalnya, akan memberikan tenaga tambahan. Begitu juga dengan protein, vitamin A, vitamin C dan vitamin K yang diperlukan untuk perkembangan tubuh anak, tulang, gigi dan darah.

Dari kupasan di atas jelas menunjukkan wanita hamil harus sedaya upaya mencukupkan makanan yang mempunyai nutrisi seimbang dan berkualiti untuk keperluan kedua- dua ibu dan anak yang dikandungnya.


Pengambilan makanan ibu hamil yang:
  • Tidak lengkap gizi seimbang. 
  • Tidak berkhasiat.
  • Telah diubah secara genetik dan terdapat campuran kimia
  • Telah disembur racun perosak. 
akan menyebabkan kekurangan nutrisi kepada kedua- dua ibu dan bayi dalam kandungan tersebut.

(sayur dan buahan yang kita ambil zaman sekarang ini telah disembur racun perosak kecuali yang organik atau tanam sendiri!..huhu. Nutrien menjadi berkurangan disebabkan benda- benda macam ni. abis masa bila kita nak cukup nutrien dalam badan???)

Tempoh yang sensitif sepanjang kehamilan perlulah dijaga sebaik mungkin. Ibu hamil perlu mengambil makanan tambahan bagi menampung lompong- lompong kekurangan nutrisi dalam badan sekaligus untuk bayi yang dikandungnya.

Bagi ibu- ibu hamil yang sangat mementingkan bayi yang dikandung dan dirinya serta masih tercari- cari makanan tambahan yang terbaik boleh dapatkan konsultasi daripada Kak Nab. Whatsapp Kak Nab di 013 3860068.


Apa yang kita makan mencorakkan kesihatan kita dan bayi dalam kandungan. Buat pilihan terbaik dalam pemakanan anda hari ini juga. 




Nabisah Bibi Imbichi
Pengedar Shaklee Berdaftar
(Sid: 1215924)


(Rujukan dari buku cara makan Rasulullah saw)


* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment