6 CARA KEMPISKAN PERUT DALAM 1 MINGGU TANPA SENAMAN!

Sememangnya ada banyak cara untuk kempiskan perut. Cuma perlukan usaha dan konsistensi sahaja.
Jadi kepada yang tak berapa nak rajin untuk bersenam boleh cuba cara yang paling mudah ini. 


Jom layan 6 tips paling senang nak kempiskan perut tanpa kena senam- senam. Jom cuba mana tahu dapat kurangkan banyak inci di perut tu.

1. Jadikan air sebagai teman rapat anda.
Untuk kurus dan perut kempis memang tips paling utama adalah minum air kosong!.

Apabila anda minum air, anda membantu badan anda mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan yang betul. Air juga memecahkan lemak untuk tenaga dan mengerakkan nutrien kepada otot anda bagi mengekalkan metabolisme badan anda.

Tambahkan perahan lemon, oren atau hirisan timun ke dalam air anda untuk memberikan rasa yang lebih sedap dan segar.

2. Minum Teh Hijau.
Bertukar kepada minuman teh hijau. Teh hijau boleh membantu mengurangkan lemak pada perut. Antioksidan dipanggil catechin yang terkandung di dalam teh hijau ternyata sangat membantu bagi mereka yang impikan perut kempis. Untuk hasil tambahan pembakaran lemak, minum teh hijau sebelum senaman.

3. Smoothie.
Smoothie adalah salah satu cara yang bagus yang boleh menyumbang kepada perut kempis. Apabila anda membuat smoothie dengan tembikai, anda mempunyai kelebihan asid amino yang dikenali sebagai arginine yang ada di dalam tembikai.

Satu kajian dalam Journal of Nutrition mendapati bahawa arginine boleh mengurangkan lemak dalam badan dan meningkatkan jisim otot tanpa lemak.

Smoothie yang dibuat dengan nenas memberikan anda manfaat bromelain, enzim dalam nenas yang membantu memecahkan protein, memudahkan penghadaman dan menyingkirkan kembung perut.

Jom buat smoothie!.

Cara buat Smoothie Tembikai:
Potong 2 cawan tembikai dan kisar selama lebih kurang 15 saat atau sehingga campuran tersebut lembut.

Kemudian campurkan 2 cawan ais dan kisar selama 20 saat atau lebih mengikut tekstur yang anda suka. Siap !.

4. Halia sebagai penambah rasa.
Halia membantu menenangkan dan boleh membantu mengurangkan kembung. Tambah halia parut yang segar ke dalam teh hijau atau rebus beberapa keping akar halia yang telah dicincang untuk membuat teh halia anda sendiri. ;-)

5.Minum Teh Pudina.
Pudina memang dikenali dengan khasiatnya yang membantu dalam pencernaan. Jadi, bagi mereka yang nak slim atau nak kempiskan perut memang bagus amalkan minum teh pudina. Bancuh teh pudina anda sendiri atau tambahkan daun pudina segar ke dalam air kosong atau air teh hijau anda.

6. Elakkan minuman bergas.
Elakkan minuman berkarbonat dan diperam. Minuman sebegini mempunyai gas di dalamnya, dan apabila anda mengambil minuman sebegini, ianya akan menyebabkan sistem usus anda dipenuhi gas. Gas di dalam perut akan menyebabkan perut bengkak dan kembung.


Jom cuba amalkan tips- tips di atas. ;-). Nak perut kempis kenalah ada semangat yang berterusan kan. Barulah jadi !





Anda nak PERUT KEMPIS dengan bantuan Shaklee??

Hubungi:
Kak Nab dengan Whatsapp "Perut Kempis" ke 013 3860068.



Nabisah Bibi Imbichi
Pengedar Shaklee Berdaftar
(Sid: 1215924)




* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment