TIPS SUPAYA CEPAT HAMIL MELALUI PEMAKANAN HARIAN



Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Tapi haruslah ada usaha beserta doa  yang berterusan kan?..Ada sesetengah pasangan menunggu cahayamata sehingga hampir 10 tahun malah ada yang lebih dari itu lagi. 
Ada seorang kenalan Kak Nab yang dapat menimang baby di usia perkahwinan dah cecah 9 tahun. dan dapat pula kembar sepasang lepas tu. Gembira tak terkatalah dia.

Kepada yang mengharapkan cahayamata boleh cuba amalkan pemakanan di bawah ini, Mana tahu berhasil:


               
1. Kekacang.
Kekacang bukan jer sedap tapi boleh bantu tingkatkan kesuburan.
Wanita yang makan banyak protein daripada tumbuhan, kurang mempunyai masalah untuk hamil. Kacang merah, tauhu, edamame adalah protein berasaskan tumbuhan yang boleh anda cuba.



2. Sayuran Hijau ( Siapa tak suka sayoq??)

Bayam, romaine, arugula, brokoli, dan lain-lain sayur-sayuran berdaun gelap kaya dengan folat,di dalam beberapa kajian menunjukkan vitamin B boleh meningkatkan ovulasi. 

Pastikan anda berkongsi salad dengan suami anda. Lelaki yang mendapat dos folat yang lebih tinggi menjadikan sperma lebih sihat, dan mengurangkan kemungkinan masalah keguguran atau masalah genetik bayi.


3. Biji Labu.
Bakar biji labu di dalam ketuhar untuk dijadikan snek rangup lagi lazat!.


4. Roti Gandum.
Karbohidrat kompleks mengambil masa lebih lama daripada yang halus untuk dihadam, membantu untuk mengekalkan gula dalam darah (dan tahap insulin) stabil.
Peningkatan tahap insulin boleh mengganggu hormon pembiakan.



5. Minyak zaitun.
Minyak zaitun adalah lemak mono tak tepu yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan keradangan seluruh badan (keradangan mengganggu ovulasi, persenyawaan dan perkembangan awal embrio). Gunakan minyak zaitun dalam salad dengan sedikit cuka balsamic, atau menggunakannya untuk memasak, sebagai ganti mentega. Mudah sangat!


6. Ikan Salmon.

Ikan Salmon kaya dengan omega-3 asid lemak, yang boleh membantu untuk mengawal selia hormon pembiakan dan meningkatkan aliran darah ke organ-organ pembiakan.

8. Elakkan Lemak Trans.

Lemak Trans banyak terdapat dalam makanan yang dipanggang, makanan yang diproses, makanan goreng, dan banyak lagi.
Berhati hati dengan makanan sebegini sekiranya anda cuba untuk hamil. Lemak ini mengurangkan keupayaan badan untuk bertindak balas terhadap insulin, yang akan membuat anda lebih terdedah kepada ovulasi tidak teratur.




Ada ke Supplement atau Makanan Tambahan NATURAL untuk bantu anda hamil??

Meh Kak Nab Bantu Anda.
Whatsapp jer ke nombor di bawah


Kak Nab
013.3860068
(Sid: 1215924)


Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

2 comments:

  1. tq sharing..bagus tips ni.pemakanan berkhasiat dan kaya nutrisi boleh dijadikan ikhtiar untuk pasangan yang merancang mendapatkan zuriat. kalau top up dengan vitamin tambahan lagi bagus kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss.. kena top up makanan tambahan untuk tambah semula kekurangan nutrisi yang dah hilang dari badan kita. nak hamil sudah semestinya kena sihat kan.

      Delete