TIPS MARKETING INSTAGRAM : BAGAIMANA NAK BUAT AKAUN INSTAGRAM UNTUK BISNES??

Siapa yang dah ada instagram bolehlah mula berbisnes di insta tu. Bagi yang belum ada insta boleh lah buat satu hari ini. Tak tahu cam mana nak buat insta yang meletup- letup?? 

Nak pasarkan jenama atau produk anda kat instagram, kenalah pastikan akaun instagram anda juga dipersiapkan dengan sebetulnya kan. Barulah instagram anda jadi medium yang Marketing Friendly gitu. So, hari ni kita belajar langkah pertama dulu.

Cara nak persiapkan akaun instagram untuk bisnes yang cool:

1. Buat username bisnes/ produk/ jenama - Gunakan nama bisnes/ jenama anda sebagai username . Jika username dah ada orang pakai. Anda boleh pilih username yang boleh buat orang serta merta kenal jenama atau produk anda!.

2. Lengkapkan profil anda - Pastikan anda lengkapkan insta anda dengan gambar yang cool dan menarik , bahagian bio juga perlulah diisikan dengan maklumat yang ringkas menarik, Haaa..kalau ada laman web..jangan lupa letak link sekali di instagram ..barulah orang tahu anda dan bisnes anda wujud dan boleh dipercayai.


3. Connect  akaun instagram anda dengan Facebook anda - Instagram dimiliki oleh Facebook. Sambungkan kedua-dua laman media sosial ini untuk meningkatkan dan memudahkan proses pemasaran anda kelak.

4. Buat tab Instagram pada halaman Facebook anda - ini membolehkan anda untuk segera berkongsi gambar Instagram dengan peminat Facebook anda.

5. Strategi penjenamaan yang spesifik- Sekiranya anda ingin berjaya dalam pemasaran instagram pastikan anda jelas dengan jenama anda. Pastikan kandungan instagram anda tertumpu kepada keunikan jenama atau produk anda. Sangat penting untuk meletakkan gambar- gambar atau video yang menarik dan cantik kerana instagram adalah media sosial berasaskan visual. So kenalah pastikan gambar atau video tentang jenama atau produk anda sentiasa menarik perhatian kan?

Bagi yang beragama islam tu eloklah juga jaga batas- batas gambar atau video yang diletakkan di insta tu. Boleh jer berjaya walaupun anda tutup aurat sepenuhnya.

Jom try tips di atas dulu.. lepas ni kalau ada kesempatan Kak Nab share pulak tips- tips lain ;-)






Kak Nab
013.3860068

(Sid: 1215924)








Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment