TIPS BERJAYA DALAM PERNIAGAAN BY KAK NAB

Kalau pendapat Kak Nab personally untuk berjaya dalam perniagaan pertama sekali kena ada semangat dan consistency.
Dua ni kena ganding sama baru meletup- letup gitu. Sebab bila tak der semangat dan tak konsisten semangatnya tu.. kejap timbul kejap tenggelam, macam mana nak berjaya kan?

Tips kedua kena kental. Bila ada masalah melanda bila dah cukup kental , kita akan automatik boleh menempuh segala cabaran itu dengan tenang. Sebagai orang islam kenalah amalkan zikir- zikir harian sebagai makanan jiwa.

Tips Ketiga kenalah kekal potisif .Berkawan dengan orang yang positif baru lah kita pon positif. "Kawan dengan penjual minyak wangi , kita pon jadi wangi sama kan?". tak ke best tu??.

Tips Keempat nak berjaya kena pandai atur masa. atau omputih kata "Time Management". Sangat penting sebenaqnya untuk atur jadual harian kita. Bila nak makan, bila nak mandi, bila nak tidoq, bila nak tambah ilmu ,bila nak meeting. Kalo time management ke laut alamatnya berteraburlah perniagaan kita. Orang lain tengah berniaga buat sales pung pang pung pang ..hang tengah tidoq lagi. Tak ke ketinggalan ketapi namanya tu.. hihi.

Tips Paling UTAMA dari semua di atas ialah Kebergantungan kepada ALLAH mesti 100%. Sentiasa bersangka baik pada ALLAH. Amalkan solat- solat sunat dan amalan lain yang mendekatkan diri kita pada ALLAH SWT. ALLAH sentiasa mendengar doa hambaNYA. Jadi berdoalah dengan sepenuh hati sanubari. 

Semoga tips- tips di atas dapat membantu anda semua. Jumpa lagi di entry seterusnyaa ..Assalammualaikum.


by Kak Nab










Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment