HEALING CRISIS ATAU KRISIS PENYEMBUHAN SELEPAS PENGAMBILAN SHAKLEE



Krisis Penyembuhan ialah
proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas.Proses ini akan bermula menyingkirkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Tempoh Krisis pemyembuhan adalah berbeza- beza mengikut individu ..Syiokk lah siapa- siapa yang tempoh healing crisis ni sat jaa kan..hihi. 


Soalan: Adakah krisis penyembuhan (Healing Crisis) petanda yang baik? 
Jawapan: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simpton mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


14 Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis)


Krisis Penyembuhan 1 >> Sakit kepala yang melampau.
Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin.

Krisis Penyembuhan 2 >> Demam, tidak cukup rehat. 
Penyebab Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.

Krisis Penyembuhan 3 >> Cirit-birit,meningkatkan pergerakan usus, najis, air kencing, peluh berbau.
Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, toksin ,bahan buangan dan sisa-sisa terhimpun banyak dalam usus besar.
  
Krisis Penyembuhan 4 >> Kembung perut.  
Penyebab Sistem penghadaman yang lemah.

Krisis Penyembuhan 5 >> Ruam,jerawat, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir.
Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat, toksin banyak terkumpul dalam badan.

Krisis Penyembuhan 6 >> Penghasilan lendir seperti selsema, kahak. 
Penyebab Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.

Krisis Penyembuhan 7 >> Pendarahan Hidung.   
Penyebab Petanda bagi kekurangan darah. 

Krisis Penyembuhan 8 >> Rasa sakit pada otot dan sendi.   
Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit.

Krisis Penyembuhan 9 >> Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah. 
Penyebab Mempercepatkan krisis penyembuhan.

Krisis Penyembuhan 10 >> Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif.
Penyebab Sistem saraf yang lemah.

Krisis Penyembuhan 11 >> Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak.
Penyebab Sistem Rahim bermasalah. 

Krisis Penyembuhan 12 >> Lapar, Pening.
Penyebab Tekanan darah rendah, anaemia.

Krisis Penyembuhan 13 >> Loya, sembelit, tersedu.  
Penyebab Sistem hadaman yang lemah, masalah hati.

Krisis Penyembuhan 14 >> Edema (membengkak)  
Penyebab Masalah buah pinggang.

Soalan: Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan krisis penyembuhan? 
Jawapan: Seperti sebuah tangki yang kotor, apabila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan krisis penyembuhan. Perlu minum air yang banyak supaya kesan krisis penyembuhan dapat diatasi. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan supplemen, malah ia adalah petanda yang bagus untuk tubuh badan kita. 




Soalan: Adakah perlu berhenti mengambil supplemen apabila berlakunya Krisis penyembuhan? 
Jawapan:  Tidak. Anda perlu meneruskan dan Krisis penyembuhan itu akan berhenti secara perlahan sehingga segala toksin di dalam badan anda disingkirkan. Pengambilan Supplemen perlu diteruskan sampai bila-bila kerana badan kita sentiasa memerlukan nutrien untuk membina sel- sel baru dalam badan. 



Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia University
Credit: Fb evarossa beaute



Jadi jangan takut nak lalui fasa healing crisis ni yaa.. Banyakkan minum air putih dan konsisten dalam pengambilan supplemen. 

Kita pakat jadi LEBIH sihat selepas proses Healing Crisis ni. InsyaALLAH. ;-)





Kak Nab
013.3860068


(Sid: 1215924)

Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment