BISNES YANG PALING MENGUNTUNGKAN


Semua manusia impikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Kita nak berjaya dunia dan akhirat.
Bila mana dikatakan bisnes yang paling menguntungkan dari sudut seorang muslim sudah tentu yang mencapai kedua-dua matlamat di atas tadi.

Seorang Sahabat telah bertanya Nabi saw tentang jenis-jenis perniagaan yang paling baik supaya dapat dilakukannya. Lalu turun ayat yang mulia ini.Firman Allah: 


"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?."(As-Shaff: 10-11).



Membaca al-Quran, mendirikan solat, menafkahkan harta yang dikurniakan ke jalan Allah kepada insan- insan yang memerlukan. Inilah perniagaan yang tidak akan rugi selama-lamanya. Firman Allah: 



“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.” (Fatir: 29)









Kak Nab
013.3860068
(Sid: 1215924)











Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment