8 PUNCA BIASA LINGKARAN GELAP BAWAH MATA ATAU DARK CIRCLE??

                                                                  sumber gambar: google

Sebenaqnya lingkaran hitam bawah mata atau dark circle berpunca daripada banyak sebab. Ada juga orang kata dark circle ni sebab penat, sebab kurang tidur, sebab penyakit dan banyak lagi.

Punca- punca biasa lingkaran gelap bawah mata ialah :

1. Keturunan. 
  • Ada juga yang mewarisi dark circle ni dari kecil lagi.


2.Alahan.
  • Hidung yang tersumbat boleh mengembangkan saluran darah yang mengalir daripada kawasan di sekitar mata anda, Menyebabkan bawah mata menjadi gelap. huhu. Mata Kak Nab pun lebam jugak ni.


3.Kurang tidur.
  • Kurang tidur memang punca biasa lingkaran hitam bawah mata menjadi- jadi, dan cara yang paling mudah untuk mencegahnya sudah pastilah dengan tidoq kan...tapi..cuba tengok sebab seterusnya ni.

4.Terlebih tidur.
  • Pulak dah..terlebih tidoq pon boleh menyebabkan lingkaran mata gelap!! So tidoqlah berpada pada naa..

5. Eczema.

6. Tekanan atau stress
  • Tekanan juga boleh jadi penyumbang kepada dark circle. Bila otak stress memang macam- macam akan terjadi kat badan kita kan?? so kena cuba elak stress sedaya upaya.

7.Penuaan.
  • Bila kita makin berumoq, makanya kulit makin nipis. Bila kulit sekitar mata ni nipis, memang mudahlah nak jadi dark circle. Tidakkkkk.....

8. Kekurangan zat besi.
  • Kekurangan Zat Besi boleh menghalang darah daripada membawa oksigen yang mencukupi kepada tisu-tisu mata.

Marilah kita elak penyumbang dark circle semampu mungkin. :-)

Jumpa lagi di coretan seterusnya naa...

Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment