5 VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK BERSERI


Nak Kulit Cantik kan? Perkara wajib untuk kulit cantik mestilah kena cukup vitamin dan nutrien. Barulah KULIT akan GLOW dan CANTIK bersinar sinaran gitu.

Kulit perlukan VITAMIN apa sebenaqnya??

Meh Kak Nab Story naaa ...

1. VITAMIN A 

Sebagai Anti Kedutan (Wrinkles). Bagi yang dah ada Wrinkles, Cari Produk yang ada Vitamin A untuk bantu kurangkan kedutan Anda.
Terdapat pada Krim Malam (derivatif vitamin yang terkandung di dalamnya kenali sebagai retinoid).

2. VITAMIN B3 
Meningkatkan penghidratan untuk mengurangkan kemerahan pada kulit.
Terdapat pada Losyen, Krim dan Serum ( dikenali juga sebagai niacinamide)

3. VITAMIN C
Membantu melicinkan kulit dan pudarkan bintik-bintik hitam. Ia juga memusnahkan radikal bebas yang menyebabkan kekenduran dan perubahan penuaan yang lain.
Terdapat pada Serum dan Pelembab (Moisturizer).

4. VITAMIN E
Mencegah kekeringan dengan membantu kulit mengekalkan kelembapan semula jadi dan meningkatkan pertahanan UV kulit kita.
Terdapat Pada Serum, Pelembap dan produk Pelindung Matahari.
Produk anti-penuaan terbaik harus mengandungi sekurang kurangnya 1% vitamin E.

5.VITAMIN K
Untuk Lingkaran Gelap bawah mata.
Terdapat Pada Krim Mata yang mengandungi retinol.


Jom amalkan. 





Hubungi:

Kak Nab
013.3860068
(Sid: 1215924)



    

Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

2 comments: