CARA YANG BETUL MENCUCI MUKA



Mencuci muka mungkin nampak macam rutin harian paling mudah kan. Boh cleanser kat tangan, ada buih- buih skit, tenyeh kat muka.gosok skit- skit.Pastu cuci muka, selesai. Hangpa tau dak kalau salah cara cuci muka pon boleh menyumbang kepada masalah kulit seperti kemerahan, kerengsaan dan lain- lain kesan sampingan lagi.

Jadi lagu mana nak cuci muka dengan betul sebenaqnya. Selama ni pakai ikut suka ja..hehe. Jom ikut langkah- langkah kat bawah ni:


1. LANGKAU ATAU "SKIP" CUCI MUKA PADA WAKTU PAGI
Berita baik pada yang malas nak cuci muka tu. Anda tak perlu cuci muka 2 kali sehari melainkan anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat atau berisiko untuk kuaq jerawat. Tapi, cuci muka pada waktu malam adalah wajib yer.

Sepanjang hari muka hangpa terdedah kepada pelbagai pencemaran yang merbahaya untuk kulit, dari pencemaran alat solek hingga ke sisa pelindung matahari.


2. MEMBERSIHKAN MUKA SECARA “DOUBLE CLEANSE” PADA WAKTU MALAM.
Proses pembersihan dua langkah memastikan anda membuang lapisan atas kotoran, serta membersihkan kulit anda sekaligus. Terutama sekiranya anda memakai alat solek seluruh muka, mencuci sekali sahaja tidak mencukupi.

Bermula dengan membersihkan alat solek menggunakan “make-up remover” atau gunakan minyak untuk membersihkan alat solek anda. Cara ini amat berkesan untuk membersihkan alat solek sebelum anda mula mencuci muka. Minyak kelapa adalah pilihan terbaik bagi anda untuk membersihkan alat solek. Kemudian, basuh muka dengan pencuci muka pilihan anda. Jom baca tips seterusnya.


3. PILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT ANDA.
Terlampau banyak pilihan pencuci muka di pasaran, sampai jadi keliru nak pilih yang mana satu kan? Nak pilih pencuci muka terbaik adalah dengan mengenal pasti jenis kulit anda terlebih dahulu.

Sekiranya anda mempunyai kulit kering atau sensitif , pilih jenis pencuci muka losyen yang berkrim atau pembersih susu yang bebas daripada sulfat.

Bagi anda yang mempunyai kulit muka sedikit berminyak, pilih pencuci muka jenis gel berbuih yang akan membantu menyeimbangkan kulit anda.

Dan, untuk kulit berjerawat, pilih pencuci muka yang mengandungi “salicylic acid” untuk memastikan pori- pori anda bersih.


4. KURANGKAN SUHU AIR
Air suam atau panas mungkin seronok digunakan(terutamanya dalam musim sejuk atau hujan), namun suhu air tinggi boleh menghakis dan mengeringkan kulit anda, tidak kira bagaimana cara anda gunakan. Anda mungkin pernah mendengar bahawa air sejuk boleh "menutup" liang kulit anda, tetapi ianya hanya mitos (liang tidak benar-benar terbuka dan tertutup). Air suam-suam kuku adalah pilihan terbaik!



5. GOSOK SECARA PUSINGAN.
Cara anda menggunakan pencuci muka adalah sama penting dengan pemilihan pencuci muka dan suhu air yang betul.
Menggunakan tuala kasar boleh menjadi 'disaster', terutamanya jika kulit anda sangat sensitif. Sebaliknya, hanya gunakan hujung jari anda untuk menggosok muka dalam pergerakan bulatan/pusingan, dengan  cara lembut.  



6. CARA YANG BETUL UNTUK KERINGKAN MUKA.
Anda telahpun 'master' proses mencuci muka, jadi jangan akhirkan dengan mengeringkan wajah dengan cara yang salah!.

Elakkan menggosok muka anda dengan tuala, ini boleh menjadikan permukaan wajah menjadi terlalu kasar dan membuatkan
kerengsaan pada kulit. Sebaliknya, 'tap' perlahan-lahan dan gunakan tuala yang bersih (jika ada tuala mirco fiber).. bukan tuala yang anda gunakan untuk keringkan tangan anda selepas basuh tangan yer.

Khususkan tuala khas hanya untuk wajah anda dan pastikan anda mencucinya dengan kerap supaya anda tidak kotorkan balik wajah anda yang comel dengan tuala kotor.

SELAMAT MENCUBA!







Kak Nab
013.3860068
(Sid: 1215924)




Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment