BAGAIMANA NAK KURUS SEPERTI ARTIS KOREA??

Siapa yang suka tengok citer korea?? Angkat tangan..hehe.. Kak Nab belum jejak kaki ke Korea lagi, tapi bab tengok citer Korea tu memang tak boleh tak tengok..hihi. Awat depa slim- slim kan. maybe sebab utk jadi pelakon nak kuar tv sahlah depa amik yg cun melecun, kurus kan.

Tapi, menurut member Kak Nab yang dah p korea, kat sana  memang susah nak carik org gumuks..majoriti kurus- kurus..wah..ape rahsia depa sebenaqnya??

Hasil pemerhatian dan kajian didapati sebab gaya hidup mereka membuatkan mereka sukar nak naik berat badan  dan kekal fit. uikkk menarikksss ni.

Bersenam dan Kekalkan Gaya Hidup Aktif
Kebanyakan orang Korea suka berjalan. Awal-awal pagi dah kejar train untuk ke tempat kerja..kat situ pon dah banyak kalori terbakar hehe. Stesen keretapi bawah tanah yang 2,3 tingkat itu ada yang menyediakan perkhidmatan eskalator dan ada yang terpaksa memanjat tangga.
Mereka memanjat tangga ini berkali kali sehari. Ada juga pakcik dan makcik yang telah berusia masih fit untuk memanjat tangga ini. Ini menunjukkan mereka sangat cergas dan mungkin sudah biasa dengan keadaan ini dari muda lagi.  Siapa dah tengok " Train to Busan" ..semua lari lari dalam tu ..hehe..iklan sat.
Diet Pemakanan Seharian

Orang Korea lebih banyak makan makanan yang dibakar dan direbus. Ikan bakar, sotong grill dan pelbagai jenis sup memang makanan seharian mereka. Bila dah biasa makan yang rebus dan dibakar ,so kuranglah mereka makan makanan berminyak dan berlemak.
Nasi pon satu mangkuk kecik. Kalau kita hidang satu mangkuk besaq ..siap cedok tambah- tambah lagi ..hahaha. Orang Korea pula lebihkan sayuran dan lauk dalam menu mereka. Dan banyak minum air kosong, sebab kat restoran- restoran disediakan siap- siap air kosong dan cawan.  Bila banyak minum air kosong itu pon boleh menyumbang kepada berat badan tidak naik.( Best wooo..)

Banyak Pengambilan Buah Buahan


Haaa...kat tepi jalan kat korea banyak jual buah- buah potong sedia untuk ditelan..hehe. Strawberi , Oren ..nyumm nyumm. Kalo kat malaysia kite berenti tepi jalan untuk makan cendol..haha..mau tak malaysia paling tinggi obesiti. 
Buah dan sayur secara tidak langsung membantu meningkatkan metabolisme badan untuk terus kekal langsing.
Beberapa tips dari artis Korea terkenal seperti Min Hyo-rin, Lee Si-Young, Park Si-yeon, Clara Lee dan lain lain lagi bagaimana mereka menjaga tubuh mereka supaya kekal langsing tau. Rahsia artis hokkay.. 
Kawal Makan Bukan Mengikut Emosi
Bila stress rasa nak makan banyak- banyak?? . Bab nih sangat bahaya. Sebab boleh jadi tak terkawal level makannya nanti. Merana badan. Cara terbaik adalah elakkan stress.. campak stress jauh- jauh dengan aktiviti fizikal seperti terjun bungee ke, tumbuk punch bag ke, pergi memancing ke. Untuk orang Islam digalakkan banyak beristigfar, berzikir, mengaji Al Quran, amik wuduk , solat sunat ka. Yang penting elak dari makan waktu stress..bahaya- bahaya.

Elakkan Makanan Rapu

Makanan rapu nih seperti sedia maklum memang dah direka bahan yang ada di dalamnya untuk menyebabkan kita ketagihan untuk nak makan lagi dan lagi.
Kuatkan hati dan jiwa raga untuk elak makanan rapu untuk elakkan berat badan naik ok?


Ambil Supplemen dan Minum Protein Shake

Protein shake yang baik akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Jadi tidak lah sentiasa rasa lapar dan nak mengunyah 24 jam. Supplemen juga penting untuk memastikan keperluan nutrisi badan kita mencukupi dan kita tidak cepat letih dan lesu. Tapi AWAS!!!!! Pastikan ianya hanya yang semulajadi dan selamat. Jangan beli yang sembarangan tanpa kelulusan KKM ok? Contact Kak Nab untuk cadangan supplemen yang selamat dan berkesan ini.


Jom kita amalkan. Bukan sahaja untuk kurus tetapi untuk elakkan komplikasi penyakit merbahaya juga ? Siapa nak sihat..Angkat tangan.. ;-)



Hubungi:

Kak Nab
013.3860068
(Sid : 1215924)

vitamincantek.blogspot.my


Kak Nab

A WAHM of a boy and a girl .Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment